Pages

Saturday, February 25, 2006

Kisah Persahabatan Saya Semalam!

Saya mengakui, tidak punya ramai sahabat, tetapi punya banyak kawan. Sejak usia lima tahun, sahabat saya adalah Suriati. Sehingga darjah enam seterusnya hingga ke tingkatan tiga, Suriati sahajalah yang menemani sementelah pula famili kami turut kenalan mesra. Begitu pun ketika di asrama (tingkatan satu hingga tiga) saya punya Nor Rehan. Seterusnya pada tingkatan empat dan lima, sahabat saya adalah Nurliza dan Noraliza. Kedua-duanya saya cinta hingga ke hari ini. Memulakan hidup di alam dewasa, dua saudara menjadi teman alias sahabat, yang saya kira susah senang kami harungi bersama. Nazreen dan Anisah lebih daripada sahabat, sehingga hari ini pun, kiranya tersungkur di tengah jalan, saya pasti mengharapkan Nazreen dan Anisah datang membantu kerana berada di dalam lindungan mereka, saya rasa aman sekali.
Setahun lalu, saya mengenali seorang lelaki amat istimewa, saya memanggilnya che din. Comel dan cute sekali orangnya. Selain Suriati, Nurliza, Noraliza, Nazreen, Anisah dan Che Din, adakah lagi nama-nama lain boleh saya panggil sahabat? Mungkin ada, tetapi perlu saya tegaskan, saya tidak mengenali mereka secukupnya.
Sahabat saya adalah orang yang boleh disandarkan harapan, diluahkan resah dan berkongsi kisah baik sedih, suka mahu pun derita. Sahabat saya adalah insan yang saya kenali secukupnya, yang saya ‘tahan’ sungguh dengan mulut mereka. Yang saya dapat rasa luar dalam perasaan mereka. Yang saya tidak perlu takut untuk mengucapkan kata, melontarkan bicara dan yang saya tidak perlu jaga hati mereka kerana sahabat saya orang yang telus perasaan, kalau mereka merajuk pun tidak perlu saya pujuk, kasih mereka akan kembali meredam marah dek mulut saya yang sangat ‘jelabas’ ini. Itulah sahabat saya! Kesemua nama yang saya sebut itu tahu benar kerenah saya, faham sangat tingkah saya dan jerlus sungguh dengan peel saya. Dengarlah kisah sahabat saya ini!
Suriati; nakal sungguh orangnya. Kami membesar bersama. Dari usia lima tahun saya mengenalinya. Dia cantik, manis dan menggoda. Matanya besar berkulit putih dan amat menarik. Namun Su yang saya panggil nama manjanya Dek Ya, ada ketikanya mendera perasaan. Nakalnya dia hingga tidak suka jika saya mendahului dalam apa jua perkara. Marahnya dia apabila saya mendahuluinya dalam peperiksaan UPSR, tetapi dia memotong saya di tingkatan tiga, dan akhir sekali dia mendahului saya mendirikan rumah tangga. Juga kini Su lebih advance kerana telah memiliki dua cahaya mata.
Nor Rehan; tidak lama saya bersama dengannya. Tiga tahun di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, tinggal di asrama, tidak banyak yang kami kongsi bersama. Cuma dia sering menemani setiap kali saya terlantar di bilik sakit. Dek kerana home sick selalu, saya tidak betah tinggal di asrama. Lalu akhirnya, mengalah jua dan minta ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan rumah. Berakhirlah persahabatan saya dengan Nor Rehan yang manis dan comel itu. Awalnya kami sering juga berutusan surat, tetapi lama-kelamaan, batas mata merenggang persahabatan kami lalu akhirnya hari ini ia hilang sama sekali. Hingga hari ini saya tidak tahu di mana Ann berada.
Nurliza dan Noraliza ; Nama mereka dipahatkan sekali. Kerana kami bersahabat bertiga. Tidak ada lebih dan tidak ada yang kurang kasih sayang saya kepada mereka. Nurliza, bermata galak dan cantik sekali sementara Noraliza sederhana berkulit putih dengan hidung mancungnya. Kedua mereka telah berumah tangga. Tertinggallah saya meneruska title bujang dengan megah sekali. Dahulu, kami sungguh nakal di bangku sekolah. Apa yang tidak kami lakukan bersama. Ahhh, alangkah indah dunia remaja. Sedihnya, kini kedua Ija itu tidak bertegur sapa. Semuanya kerana sayangkan saya. Yang seorang bertelagah dengan saya dan yang seorang lagi mempertahankan saya. Sulitnya persahabatan, mereka tidak mahu beralah. Mungkin seorang terbabas meluahkan rasa dan yang seorang lain mengambilnya hingga ke ulu hati, tertusuk ke dalam dan tajam menikam hingga membibit luka menjadi perasaan geram, dendam, marah dan sukar sekali untuk di padam. Tetapi saya tahu, sampai masa mereka pasti kembali berbicara. Kerana mereka, saya punya tiga cahaya mata, Safurah dan Haziq juga Da’mia. Tiga cahaya mata daripada dua sahabat ini bagai extension kepada persahabatan kami. Mengharapkan kami kembali bersatu, saya sungguh, sungguh sayangkan mereka. Sayang yang tiada banding. Meski jarang sekali bertemu (batas masa tidak mampu saya tewaskan), mereka tahu nama mereka saya kenang selalu. Tidak pernah sedetik pun kurang ingatan ini. Kerana mereka sahabat saya mereka tahu sejauh mana saya berlalu, sedetik waktu saya pasti menoleh jua. Memandang wajah semalam asyik dengan kenangan indah. Ija dan Eja, kiranya kalian terbaca coretan ini, tiada lebih indah selain persahabatan penuh suka duka kita. Kiranya kalian terbaca lagi, sedarlah kita tidak selama menongkah bumi, kemaafan dendam yang terindah. Kalaulah kalian masih membaca, dunia semalam kita jangan dilupakan, jangan dibuang dan jangan sekali direndam. Moga pintu hati kalian masih terbuka untuk sebuah persahabatan kita bertiga. Janji kita dulu, meneruskan waktu hingga hujung hayat bersama. Lupakah janji membeli Fajar dan Billian serta Matahari yang dah bankrap itu serta menderma seribu ringgit kepada mereka? Kiranya mata kalian masih menatap coretan ini, ingatilah detik kita menunggang ke Teluk Batu, menelaah dengan bakul penuh makanan dan spot kita yang tiba air pasang kita harus pulang? Kerinduan pada masa semalam membawa kita pada hari hadapan. Semoga coretan ini membawa makna, terpulihlah suasana.
Nazreen dan Anisah ; ini persahabatan penuh emosi. Kerana hanya mereka yang tahu seluruh kehidupan saya sepanjang bergelar manusia dewasa. Terlalu panjang untuk dihuraikan mengenai mereka. Pastinya yang manis-manis belaka. Nazreen garang dan selalu membebel kerana kenakalan dan kedegilan saya. Malah sering buat rajuk dan tangisan saya berpanjangan. Sementara Anisah bagai air dingin yang membasahi bumi kontang. Dan air dingin ini mampu merubah musim menjadi kaku, bisu dan membeku. Sifat keanak-anakan saya timbul kala bersama mereka. Rindu sungguh pada musim-musim lalu. Mereka tahu betapa saya kasihkan mereka sepenuh hati. Sesungguhnya bersama mereka saya tahu erti teman sepenuhnya. Dan bersama mereka hidup ini penuh bermakna. Really meant it!
Che Din; Tidak lama mengenalinya seperti mana persahabatan saya yang lain. Tetapi dia cukup mengenali saya. Sekian lama tidak berjumpa tetapi saya rasa dekat selalu. Saya rasa dia ada di depan mata, juga rasa seperti tawanya selalu mengekori. Hantu sungguh! Persamaan kami? Kerana apa di bibir saya, di kepala saya, di hati saya, juga ada padanya. Sungguh che din, persahabatan tidak perlu kita berkorban masa, tidak perlu engkau mengekori selalu dan tidak perlu kita bersengkang mata hingga ke Kajang setiap hari, cukuplah sekadar kita mengingati sentiasa. Dan merasa keberadaan kita di sisinya selalu, untuk saat rasa marah, rasa geram, rasa sayang dan rasa rindu timbul, supaya kita ada tempat untuk meluahkannya. Kata lebih tepat, che din ibarat confession box kepada saya. Dia juga telus bahasa, tidak perlu terasa, tanpa lupa kerana dia tahu dia sahabat saya.

Mereka membawa cerita di dalam hidup saya kerana selain kasih keluarga, cinta si dia, saya juga perlu sahabat-sahabat ini untuk terus bernyawa, untuk terus menghirup udara dunia dengan rasa dalam jiwa. Persahabatan saya tanpa demand! Dan buat mereka, terima kasih kerana hadir di sini.

6 comments:

Anonymous said...

tick tock tick tock... entah camner aku cam terasa ko update dah page ko... tgh baca nih perasan lak tu... aku sahabat dia ke? hehehe... sekali ha'ah, aku sahabat si Asha...

aku terharu dan penulisan aku hari ini terencat ... demi Allah topik aku hari ini akan bermula dengan perkataan "sahabat aku sedikit..." (hmm... aku sambung kat blog aku malam ni deh...)

Asha... PGL ku! Assalamualaikum (peace be upon you) ya sahabat... you deserve all the peace...

Hari ni dua org buat aku terharu.. ko dan birthday boy

Anonymous said...

hehe aku tak baca habis lagi sebab sibuk.. nanti la aku menghayatinya later .. ko buat aku teringat kat kawan2 baik aku.. :) thank you.. .. Kita lucky mempunyai sahabat2 baik.. macam aku, tak pernah nak demand pun, tapi ntah.. ye la, nama pun sahabat.. kalau dah sahabat baik tu, u tak yah demand.. u tak yah mengharap, but they will always be there.. hehe

2-3 ari lepas baru berborak2 kosong ngan sahabat baik aku tentang life.. then dia kata , dont worry Han, I will always take care of you, u r my family.. terus aku terkedu. :) Itulah sahabat..

Thanks for such a beautipulllll writings.. tulis lagikkkk!

nao said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nao said...

dah abis dah....wahhhhh nama aku takder!?? he he he ...acah jer jgn amik port tau...nanti aku port luck kan nko..(apa apa lah)

thanks for sharing :)

Anonymous said...

sesaperlah... aku tak berniat nak mengharukan ko, apatah lagi mengharu birukan... hehehehe... but if u say so, ehemmm... nah tisu!
hani... baguslah begitu. kerana tidak ada manusia sempurna, jadi kalau yang terlebih terkurang tu... take it easy. apatah lagi dengan aku, sebab aku ni banyak yang kurang, yang lebihnya boleh dibilang.
comment deleted.. saperlah yang rajin benor padam sendiri komen kat blog aku nih. ko dah tulieh tapi ko padam balik ekkk? tapi bagus jugak, pandai bawak diri budak ni. boleh di bawak ke majlis.
nao... kalau aku kenal ko lebih sikit, lain kali aku masukkan ko ke dalam senarai aku. ni, jumpa pun sekali je... cemana aku nak kenal ko. ngan che din lain, jarang jumpa tapi kita orang ada pertalian hayat. kuang kuang kuang...

nao said...

mwuahahaha...asha *wink wink*