Pages

Tuesday, December 13, 2005

"Cuti-cuti Bukak Periuk!"

haaaa... periuk saper yang dah terbukak! hehehehehe... Percutian kali ini agak berbeza dengan percutian sebelum-sebelumnya kerana aturcara dimulakan bersama rombongan pihak lelaki pada sebuah majlis persandingan di Taman Siswa, Bandar Darul Aman, Kedah. Pada awalnya kami menyangkakan yang jemputan sekadar untuk menyertai jamuan makan tengahari.... tetapi rupa-rupanya... hehehehe... gadis bakul hantaran gitu! kuang kuang kuang...
Tetapi menariknya, ia pengalaman baru melihat majlis persandingan di negeri Kedah. Walau tanpa kemeriahan bunyi kompang atau dendangan lagu-lagu 'selamat pengantin baru', majlis ini tetap terasa seperti majlis kahwin jugak!

Image hosted by TinyPic.com
Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com

Penginapan kami di Bandar Darul Aman adalah sebuah rumah tiga bilik di kampus penginapan Universiti Utara Malaysia (UUM). Cukup selesa untuk menempatkan kami lapan beradik. Hehehehe...

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com

Paling best kat Kedah makanannya sangat la murah. Roti Canai n Nasi Lemak + Air Limau hanya RM 2. Gemuklah kalau hari-hari makan murah gini!

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com
Antara acara yang menarik kali ini adalah membuat tatoo. Ia boleh bertahan selama 1 bulan, kata Malini (si pembuat tatoo) ... tetapi selepas tiga hari, gambar rerama di dadaku dah pun pudar. Grrrrr.... geramnya!

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com
Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com
Setiap kali berpergian, agenda posing baring-baring menjadi acara tetap. Lihat pose terbaru tatkala mentari naik pada awal pagi.
Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com
Before sunset!

Image hosted by TinyPic.com
Entah kenapa, kali ini banyak sungguh adegan mengerjakan rambut oleh dua hairstylist istimewa ini? Tapi tanpa Reezal dan Ali, rambut kami pasti macam dawai, tak pun kena buat sendiri. Hahhh... terharu!

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com
Image hosted by TinyPic.com
Malam gala dengan aturcara surprise belated birthday party buat Suzie... tapi fashion spread pasti diteruskan!
Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com

No comments: