Pages

Thursday, November 24, 2005

Mata ikan flowerhorn!

Dah hampir seminggu (enam hari) aku tak keluar bersosial dengan teman-teman. Waktu lunch pun makan kat kafeteria je... sedih sangat. Hari Selasa pun terpaksa ambik emergency leave sebab eyelid infection ni buat mata aku jadi macam mata ikan flowerhorn. Doktor kata bukan sakit mata sebab mata putih tak jadi merah pun dan bukan jugak ketumbit sebab tak ada bisul. Entahlah... sebab dia dok kat mata, jadi keazaman aku nak sembuh tu tinggi sikit. Ya lah... hilang glam aku dengan mata flowerhorn gitu! Kalau setakat deman ke migrain ke... payahnya nak suruh aku makan ubat, tahap inisiatif untuk pegi klinik tanpa paksaan pun tak berapa tinggi. Tetapi apabila sakit ni, dengan pantas aku ke panel klinik... bila dapat ubat... tak miss makan tuh! Kagum juga aku pada diri sendiri. Hik hik hik.... Agaknya, kalau demam tu dia terherot kening ke, atau terjuih mulut ke, mesti aku rajin makan ubat jugak. Disebabkan prestasi makan ubat aku yang begitu memberangsangkan, hari ini mata aku semakin sembuh. Tinggal bekas bengkak sikit je... Antibiotic pun tinggal sekali makan je lagi. Tahniah ku kalungkan buat diriku sendiri. :)
Selama enam hari aku tidak bersosial nih, selama itulah aku terperuk di rumah bila malam menjelang. Jangankan kata E-Pring, segala jenis telenovela channel 8 aku tengok. Jam 12, aku tutup tv dan tidur. Itulah rutin aku sejak hari Sabtu yang lalu. My sis pun pelik... dah lama aku tak keluar. Boleh pulak tak keluar tuh! Kalau sihat, tak lekat kat rumah... paling tidak aku memerap di ofis. Dan paling sedih, dah enam hari aku tak jumpa Encik J. Sampai mimpi-mimpi tu! Rindunya pada Encik J! Tengoklah... kalau hari ni keadaan masih tidak mengizinkan, terpaksalah aku tidur awal lagi. "Sori ya Encik J, reputasi kena jaga! Hilang glam aku kalau dia nampak mata flowerhorn aku." Hehehehe....

No comments: