





Majlis berbuka puasa ini dipanggil majlis marathon kerana penganjurnya kesuntukan waktu. Teman-teman mengoffer diri untuk datang makan, jadi pemilik rumah kenalah siapkan makanan. Menunya... sup ayam + sambal kicap, sayur campur dan sambal ikan sardin. Kuih muih dibeli oleh kak aida dan air soya disponsor oleh encik zulkifli. Dalam masa satu jam, apalah sangat yang dapat tuan rumah hidangkan... hehehehe! Memang marathon.
Al kisah, dari Bandar Sri Damansara (tiada gambar kerana tuan rumah tak sempat mengambil gambar dek dihambat kesibukan di dapur)kami mengembara pula ke Saujana Utama untuk ber'dessert' di rumah Kak Aida. Menu; Cekodok Bibik Sedap, Pisang goreng dengan aiskrim coklat chip & keladi. Kesemua hidangan disediakan oleh Bibik. Dengan dessert dan secangkir kopi Cap Kapal Api, kami merehatkan diri di sudut kegemaran iaitu sudut air terjun mini ala spa.

No comments:
Post a Comment