Pages

Thursday, September 22, 2005

Laporan Percutian Kertas Kedua

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com Image hosted by TinyPic.com

Ketika sedang berseronok mandi 'jeram', hujan rintik mula turun membuat kami lekas-lekas naik ke darat semula. Payahnya nak naik ke tebing semula, mujurlah jalan turun tidak sesukar jalan masa naik. Ketika tiba di kereta, hujan telah mula lebat dan kami hampir basah lenjun hingga membasahkan sama Avanza yang kami naiki. Errr... Sorry Shah!
Sampai di resort, walaupun hujan... kami meneruskan acara mandi manda di swimming pool. Keluasan swimming pool pun is just nice untuk kami semua. Ketika inilah acara fotografi bermula. Kalau musim percutian lalu kami melakukan acara pengambaran di dalam bangunan, kali ini kami pelbagaikan cerita di luar kawasan. Lebih natural dan semula jadi! He he he...
Mandi manda diteruskan dengan permainan galah panjang. Gelak je lebih... sudahnya tak tahu siapa menang! Semua main tipu... dah kena pun kata tak kena. Yang tak kena pulak kata dah kena... Apa daaaaa!!!!!! Apabila badan dah kecut muka pun dah pucat... kami pun beransur pulang ke resort. Perut mula lapar dan rasa tidak sabar menunggu jam lapan (makanan di hantar ke rumah jam lapan). Ali, Shah dan Melvin keluar ke pekan Rawang untuk membeli belah... Hemmmm... Ketika pemergian mereka, kami yang tinggal (Zul, Shima, Suzie, Ejal dan Gune) meneruskan acara mengemas rumah untuk sesi fotografi selanjutnya. Indo mee dimasak, biskut dan kacang serta donut dihias seadanya... Hemmm... nampak menyelerakan biarpun sebenarnya rasa tak lah sesedap mana! Selepas makan, oleh kerana tidak ada hiburan, kami pun duduk melepak di balkoni rumah. Idea untuk main teka kata tidak tahu datangnya daripada siapa. Yang pasti kumpulan Eh! akan berlawan dengan kumpulan Glam. Waktu inilah lawak jenaka semua keluar. Yang ngok ngeknya punya susah nak terangkan kata Home Alone, sampai keluar simbol pelik2. Bukan tu aje... macam2 perkataan keluar, ada ke King Arthur tu gay? Sewel!!!!!! Selepas main teka kata, masing2 cuba menghiburkan diri pula. Tak tahu lah kenapa... nak kata weng nya tidak, nak kata high pun tidak... but Suzie, Melvin, Zul dan Gune memang gila. Menari macam orang sasau untuk menghiburkan Shah. Kononnya treat for Shah yang akan meninggalkan Blu Inc nanti... Lawak gila!!!! Dah penat menari, kami pun mengatur bantal dan tilam. Ada yang nak tidur di atas, ada yang nak tidur di bawah. Tetapi mujurlah tidak ada yang meneruskan niat tidur di luar kerana penghujung malam itu, hujan turun lebat! Sejuknya... Yang dibawah tidur berteman kelip-kelip, yang diatas tidur berteman... hemmm... apa ya? mungkin kelip-kelip juga kot! Tidak seperti di Port Dickson, pagi itu semua lewat bangun. Jam 10 barulah ada bunyi berkicau walaupun ada yang sudah bangun seawal jam lapan pagi. Sebelum pulang, masih ada yang mandi manda di swimming pool. Jam 2 petang, kami telah berada di Blu Inc semula. Tidak sabar menunggu acara seterusnya. Khabar terbaru agenda tahun depan akan bermula di destinasi luar negara. Dan sebagai penutup tirai Next Top Model tahun ini, ada percutian dalam negara... tapi dimana ya? Kita tunggu saja... Pastinya lebih meriah, mungkin para Majlis Tertinggi boleh menyusun jadual secepat mungkin, acara kembang api barangkali? Hehehhee... kepada ahli-ahli Next Top Model, sama ada yang masih di sini, atau yang telah berangkat pergi ke agensi lain... sila pastikan anda tidak ketinggalan acara seterusnya. Kali ini kita main galah panjang atas pokok pulak. Hahahahaha...

2 comments:

CD said...

Asha... boleh tak jangan amek gambar lawa sangat!!! aku terbawa ngelamun ngan pengembaraan kau!

Permaisuri Semut said...

Aledin...

He He He... Aku tak de keje agaknya! Sambil berangan, sambil menulis. Enjoy...